January 17, 2013

#5

Sekali pernah sy ditaqdirkan berceramah di hadapan seorang tuan guru yg sgt alim di Kedah. Terketar dibuatnya. Kerana bandingan ilmu kita dgnnya bagai langit dan bumi.

Seusai program di khalayak ramai beliau berkali kali mengusap bahu sy dan memuji sy dihadapan khalayak ramai. Sedangkan sy tahu terlalu byk kekurangan bahkan sy tahu ada dua tiga ayat arab yg salah disebut. Tp beliau tetap memuji.

Fokus sy bkn pd pujian tersebut. Sbb sy pasti amat byk kekurangan ketika itu.

Namun yg tertarik disini, dan membuatkan bertambah cintanya sy kpd Ulama ialah, apabila tuan guru td, mengiringi sy ke kereta. Krn baginya sy tetamu di kampungnya.

Yg lebih menarik, perlahan-lahan beliau dtg ke tingkap dan menegur dgn penuh kelembutan. Katanya ada sedikit kesilapan dlm beberapa ungkapan arab yg tidak disengajakan. Namun tanpa henti beliau terus mengatakan "Takpa, sekali sekala tersilap tu biasalah"...

Inilah akhlaknya alim ulama. Cara menegur yg luar biasa. Selagi mana kesilapan itu tidak membawa kpd 'mafsadah ummah', dan bkn ianya boleh merosakkan fakta agama, tetapi sekadar keaiban peribadi, maka ia dtg menegur jg dgn saluran peribadi dan tertutup.

Ramai yg abaikan terus ttg adab menegur dan bertanya. Tetapi lihatlah akhlak alim ulama. Betapa tawadhu' nya mereka.

Semakin ilmu mencapai langit, semakin itulah hati rendah ke bumi.

Adab itu buah yg bernilai dlm sesebuah diskusi. Antara hikmahnya si penanya dan toleransinya si penjawab. Kedua2 perlu digarisi adab.

-Imam muda Asyraf-